kata-kata " THE BEST FEELING OF HAPPINESS IS WHEN YOU'VE MADE SOMEBODY ELSE HAPPY" menjadi pegangan saya dalam kehidupansepanjang bergelar guru. Kata-kata ini banyak mengajar saya untuk tidak mudah berasa puas apabila melakukan sesuatu. kata-kata ini juga merupakan falsafah pengajaran yang saya pegang di mana saya ingin menjadi seorang guru yang mampu memberi kebahagian kepada anak didiknya dan kebahagian yang dicapai oleh anak didik itu akan menjadi satu kebahagian yang penuh nikmat kepada saya yang bergelar pendidik.
Kata-kata ini saya dapat melalui guru bahasa inggeris tingkatan 5 saya iaitu Pn Nor Hidayati Abdullah dimana beliau menelaskan kebahagian bagi seorang guru adalah apabila mellihat anak-anak didik mereka berjaya. kata-kata beliau ini ucapkan kepada saya semasa saya menjalani Rancangan Orentasi Sekolah (ROS) di sekolah lama saya. kata-kata ini meresap ke dalam diri saya.